NEWS
"Ultraman Card Game" Pelancaran Rasmi Pertama dalam industri yang menyokong 4 bahasa di 15 negara dan wilayah di seluruh dunia Pelancaran serentak pada 25 Oktober 2024(Jumaat)

"Ultraman Card Game" merupakan permainan yang sesuai dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa serta sangat sesuai untuk dikumpul, termasuk kad "rare" yang jarang ditemui dengan rekaan khas oleh pencipta dari seluruh dunia. Mulai tahun 2025, kami merancang untuk mengadakan kejohanan dunia di mana pemain boleh menikmati persaingan yang sengit dan pada musim bunga tahun 2026, kami akan mengadakan kejohanan akhir di Tokyo di mana pemain yang telah memenangi kelayakan serantau di seluruh dunia akan mengambil bahagian. Kami menyediakan perkhidmatan yang memikat hati peminat siri Ultraman dan peminat permainan kad dagangan di seluruh dunia.
"Ultraman Card Game" Pelancaran serentak di 15 negara & wilayah di seluruh dunia
"Ultraman Card Game" ialah permainan kad dagangan yang menggabungkan dunia siri Ultraman dengan elemen permainan dan koleksi yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Produk yang boleh didapati dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (Ringkas) dan Bahasa Cina (Tradisional) dan akan dijual serentak di 15 negara dan wilayah di seluruh dunia mulai 25 Oktober 2024 (Jumaat).
* Ini adalah percubaan pertama dalam sejarah industri kad dagangan dengan menyediakan produk yang menyokong 4 bahasa semasa pengeluaran awal dan pada masa yang sama, mula dijual di 15 negara dan wilayah di seluruh dunia (menurut penyelidikan kami).
* Secara umumnya, kad dagangan dari syarikat lain yang dijual pada masa lalu hanya tersedia dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun dan hanya dikeluarkan di kawasan sasaran bahasa semasa awal pengeluarannya.
Maklumat Starter Deck & Booster Pack Pertama
Pemain boleh mula bermain dengan segera menggunakan "Starter Deck" yang mengandungi "dek" (50 kad diperlukan untuk mula bermain), "Play sheet" dan 1 pek "Booster Pack".
"Booster Pack" mengandungi 6 kad (versi Jepun, Cina ringkas, Cina tradisional) / 12 kad (versi Inggeris) secara rawak dalam setiap pek. Anda boleh menikmati permainan dengan pelbagai cara seperti membina "dek" anda sendiri berdasarkan kad-kad yang perolehi daripada "Booster Pack" dan mengumpul watak-watak kegemaran anda. Kotak yang mengandungi 24 pek mempunyai kad bonus "Gomora, the Ancient Monster (RRR)".
Starter Deck 01 Heroes of Hyper Space
Tarikh Jualan: 25 Oktober 2024 (Jumaat)
Harga Runcit: RM35 (termasuk cukai)
Bahasa: Inggeris
Kandungan
- 50 kad pra-bina
- Play sheet 1 keping
Starter Deck 02 The Bonds of Zero
Tarikh Jualan: 25 Oktober 2024 (Jumaat)
Harga Runcit: RM35 (termasuk cukai)
Bahasa: Inggeris
Kandungan
- 50 kad pra-bina
- Play sheet 1 keping
Booster Pack Guardians of the Earth
Tarikh Jualan: 8 November 2024 (Jumaat)
Harga Runcit: RM18/pek, RM 432/kotak (termasuk cukai)
Bahasa: Inggeris
Kandungan
- 1 pek mempunyai 12 keping
- 1 display box mempunyai 24 pek
- Bonus dalam kotak "Gomora, the Ancient Monster (RRR)"
Penampilan kad jarang yang direka khas oleh pencipta-pencipta dari seluruh dunia
"Ultraman Card Game" akan menampilkan kad-kad jarang dengan rekaan istimewa yang dihasilkan oleh pencipta-pencipta terkenal dari seluruh dunia.
Contoh pencipta
Hiroshi Maruyama (Pereka/Ilustrator: Pereka Ultraman Tiga, Dyna, Cosmos dan lain lain)
Masayuki Goto (Tsuburaya Chief Designer: Pereka segala wira Ultraman/Kaiju selepas Ultraman Zero)
Di samping itu, kad-kad yang dihasilkan oleh pencipta-pencipta lain juga akan diperkenalkan secara berperingkat.
Ringkasan Produk
Tarikh Jualan: 25 Oktober 2024 (Jumaat) ※ 26 Oktober (Sabtu) untuk Amerika, Kanada, Mexico
Terdapat di Negara/Wilayah: Jepun, Cina, Korea, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipino, Thailand, Australia, Amerika, Kanada, Mexico
Tempat Jualan: Dirancang untuk dijual di peruncit besar, kedai mainan, kedai khusus kad dagangan dan pelbagai lagi di seluruh negara.
Media Sosial Rasmi
https://x.com/ucg_en (Bahasa Inggeris X)
https://x.com/ucg_jp (Jepun X)
https://x.com/ucg_kr (Korea X)
https://x.com/ucg_tw (Taiwan X)
https://www.facebook.com/ultramancardgame (Bahasa Inggeris Facebook)
https://www.facebook.com/UltramanCardGame.TC(Taiwan Facebook)
