News

News

Raikan “Ultraman Day” dengan Kejohanan Format Sealed Ultraman Day Istimewa!

9 Jun 2026
EVENT

Terima Kad PR “Alien Baltan the Space Ninja” sebagai Hadiah Penyertaan!


Kejohanan Sealed Ultraman Day khas menggunakan BP08: Converging Bonds akan diadakan dari 10 hingga 12 Julai sempena ulang tahun ke-60 Siri Ultraman.


Selain itu, buat pertama kalinya, Kejohanan Format Sealed juga akan diadakan di Kedai Sah UCG yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Semua peserta akan menerima kad PR “Alien Baltan the Space Ninja” sebagai hadiah penyertaan. Juara kejohanan akan menerima satu salinan tambahan kad yang sama.

Mari kita raikan ulang tahun ke-60 yang bersejarah ini bersama Ultra Leaguers di seluruh dunia!

Pendaftaran untuk Ultraman Day Sealed Tournament akan dibuat melalui aplikasi ULTRA LEAGUE.


Muat turun aplikasi:


Kejohanan akan dijalankan mengikut Comprehensive Rules dan Floor Rules:

https://ultraman-cardgame.com/page/my/rules

Bagi peraturan Kejohanan Sealed, sila rujuk Bab 14: Limited Format Rules dalam dokumen Floor Rules.  


Ultraman Day Sealed Tournament (Kedai Kejohanan Rasmi)

Tempoh Acara:

10 Julai (Jumaat) – 12 Julai (Ahad), 2026


Format Kejohanan

  • Menggunakan format Swiss Draw.
  • Pusingan diteruskan sehingga hanya seorang pemain yang masih belum tewas.
  • Padanan ditentukan melalui sistem pemadanan dalam aplikasi.
  • Masa pusingan yang disyorkan: 15 minit setiap perlawanan.


Hadiah

Hadiah Penyertaan / Hadiah Juara 

  • Kad PR : “Alien Baltan the Space Ninja”

 

Peraturan dan Nota Penting 

Acara ini akan dijalankan mengikut Floor Rules rasmi. 

  • Hanya kad rasmi dan tulen dibenarkan untuk digunakan. Kad proksi atau salinan tidak dibenarkan.
  • Penggunaan sleeve kad secara amnya adalah wajib. Sila bawa sekurang-kurangnya 30 sleeve untuk dek anda.
  • Sleeve lutsinar tidak dibenarkan.
  • Double-sleeving dibenarkan (sehingga dua lapisan).
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai peraturan, angkat tangan dan minta keputusan (ruling) daripada kakitangan kedai dengan segera. Meneruskan permainan sebelum menerima ruling boleh menyebabkan keputusan yang tepat tidak dapat dibuat.
  • Jika hanya seorang peserta mendaftar dan kejohanan tidak dapat dijalankan, hanya hadiah penyertaan akan diberikan.
  • Sila sahkan terlebih dahulu dengan kedai sah sama ada acara akan diadakan.
  • Butiran kejohanan dan hadiah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


Apakah Itu “Ultraman Day”? 

Pada 10 Julai 1966, seminggu sebelum siaran episod pertama Ultraman, “Ultra Operation No. 1”, satu acara peringatan bertajuk “The Birth of Ultraman” telah disiarkan dari Dewan Awam Suginami di Tokyo. Acara tersebut menampilkan “Ultraman”, “Kaiju”, dan “Science Special Search Party”, serta menjemput “Bapa Tokusatsu”, Eiji Tsuburaya sendiri, sebagai tetamu khas.

Bagi memperingati hari tersebut, 10 Julai telah diiktiraf sebagai “Ultraman Day” (seperti yang diperakui oleh Japan Anniversary Association).





Back to List